fadilat berzikir ada banyak di antaranya :
* ZIKIR menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
* ZIKIR menyebabkan Allah redha
* ZIKIR menjauhkan dukacita daripada hati manusia
* ZIKIR menggembirakan hati
* ZIKIR menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari
* ZIKIR memurahkan rezeki
* ZIKIR adalah sinaran hati dan muka
* ZIKIR adalah membuka pintu makrifat Allah
* ZIKIR adalah menghidupkan hati (ibarat ikan di dalam air)
* ZIKIR adalah santapan bagi roh dan hati
* ZIKIR adalah membersihkan hati daripada karatnya
* ZIKIR adalah manghapuskan dosa dan maksiat
* ZIKIR adalah manghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah.
* ZIKIR adalah menyebut orang berZIKIR itu dikeliling oleh A'rasy Ilahi.
* ZIKIR adalah melepaskan orang berzikir daripada azab.
* ZIKIR akan memelihara sesorang yang berZIKIR daripada menyesal pada hari kiamat
* ZIKIR suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali berbanding dengan ibadat-ibadat lain.
* Zikrullah merupakan pohon di dalam syurga
* ZIKIR adalah sumber syukur.
* Yang paling mulia di antara orang-orang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang senantiasa sibuk dengan berZIKIR.
* ZIKIR berupaya melembutkan hati yang keras
* ZIKIR adalah merawat hati
* ZIKIR adalah sumber persahabatan dengan Allah, lalai adalah sumber permusuhan dengannya
* ZIKIR adalah menambahkan nikmat dan menyelamatkan dari azab
* Majlis ZIKIR adalah majlis para malaikat
* Allah membanggakan orang-orang yang berZIKIR itu di hadapan para malaikat
* Barang siapa sentiasa berZIKIR ia akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.
* Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata kerana zikrullah
* ZIKIR adalah pengganti kepada ibadat-ibadat nafilah (tambahan)
* ZIKIR menjadi pendorong bagi ibadat-ibadat lain
* Dengan berZIKIR kepada Allah segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.